Tukang pembuat parang Encik Nyapun Anak Jun
Di tempat perkampungan Kampung Semban (BRS) terdapat seorang penduduk di tempat tersebut yang membuat parang bernama Encik Nyapun Anak Jun. Beliau berumur 74 tahun dan menurut Encik Nyapun Anak Jun mengatakan bahawa beliau mula menjalankan aktiviti pembuatan parang sejak beliau berumur 20-an. Ayah beliau yang mula-mula mengajarkan Encik Nyapun dan tiga adik-beradik lelakinya yang lain tentang bagaimana hendak melakukan aktiviti pembuatan parang yang telah menjadi warisan generasi mereka dahulu. Encik Nyapun telah berkahwin dalam anggaran umur 30-an dengan wanita daripada kampungnya sendiri yang bernama Puan Ungom Anak Ahi dan memiliki 7 orang anak. Beliau juga berasal dari Kampung Semban, Padawan. Beliau adalah bangsa Bidayuh begitu juga dengan isteri beliau dan mula menetap di petempatan baru iaitu Bengoh Resettlement Scheme (BRS) sejak tahun 2013 bersama dengan anak lelaki serta cucunya, bermaksud beliau menetap di BRS selama lapan tahun. Selain itu, kebanyakan hasil pembuatan parang dijalankan mempunyai namanya tersendiri dan yang pernah beliau buat seperti parang ‘tekin’, ‘jemau’ (parang yang besar) selalu juga digelar sebagai parang ‘rebak’, parang ‘tuhuk’, parang ‘sepu’ (parang yan digunakan untuk bercucuk tanam dan tebas kawasan hutan untuk membuat sawah padi).
Parang
Seterusnya, Encik Nyapun telah mengatakan juga bahawa penggunaan parang dalam kehidupan seharian atau orang kampung pula adalah untuk membuat sawah padi, jika ingin pergi kemana-mana seperti ke hutan dan sebagainya parang tersebut akan dibawa bersama mereka. Hal ini kerana, untuk mencari makanan dalam hutan dan juga menggunakan parang untuk mencari atau memotong kayu api untuk membuat unggun api dan untuk penggunan memburu iaitu memotong binatang yang dijumpai atau ditangkap untuk dibuatkan lauk atau dibawa balik ke rumah. Selain itu, apabila hendak tidur dalam hutan penggunaan parang juga amat penting kerana untuk membuat pondok kecil iaitu tempat berteduh sementara di dalam hutan. Encik Nyapun juga ada menyatakan bahawa pada masa pembuatan parang adalah mengikut saiz parang itu sendiri di mana saiz yang agak besar hanya boleh dilakukan sehari sahaja dan saiz yang kecil dapat dibuat dua bilah selama sehari. Misalnya, parang kecil ‘tekin’ dan parang ‘a’ngok’ boleh dibuat selama empat hari sahaja.
Kemudian, parang tersebut juga boleh digunakan selama setahun serta ikut jenis parang dan tuan punya parang itu sendiri. Bagi mereka yang sememang pembuat parang, mereka akan memakainya tidak sampai setahun seperti dua atau tiga bulan apabila parang tersebut ada tanda-tanda dan sudah tumpul mereka akan segera membawa parang tersebut ke ke ‘phelan’ (tempat di mana tukang pembuat parang membuat parang) untuk dibuat lagi. Sehubungan itu, beliau juga kebiasaannya membuat parang milik penduduk Kampung Semban, BRS dan juga orang luar yang mengetahui hasil pembuatan parang oleh beliau. Penduduk kampung yang meminta beliau membuat parang tersebut juga tidak kira lelaki atau perempuan untuk memintanya membuat parang. Namun begitu, ketika zaman dahulu perempuan dilarang untuk memasuki ‘phelan’ ini kerana menurut orang terdahulu ia mempunyai banyak pantang larang yang harus diikuti kecuali orang lelaki sahaja dibenarkan masuk serta meminum tebu di dalam ‘phelan’ juga sangat dilarang. Bagi kos pembuatan parang pula, pada waktu dahulu ketika zaman ayahnya dan zaman muda beliau mereka tidak dibayar untuk pembuatan parang namun menggantikan hasil penat lelah mereka dengan memberi tiga bungkus nasi dan lauk pekasam serta pekasam binatang hutan dan tiada duit dikeluarkan. Tetapi sejak tahun berganti tahun mereka mula membuat pembayaran menggunakan duit dimana ia juga dibayar mengikut saiz parang tersebut dan kategori. Kategori yang pertama ialah parang yang dibuat menerusi besi sehingga menjadi parang yang cantik ditambah lagi dengan penghasilan sarung parang tersebut diberi harga RM60.00 ringgit dan untuk kategori kedua yang disebut ‘ndes’ (mengetuk parang yang telah dibeli dari kedai dan agak tumpul atau parang yang tumpul, berlubang dan perlu diperbaiki) hanya RM5.00 ringgit bagi saiz yang besar manakala saiz yang kecil hanya RM3.00 ringgit atau RM2.00 ringgit sahaja. Di akhir kata, Encik Nyapun mengatakan bahawa tiada warisan bagi anak-anak beliau untuk menggantikan beliau kerana anak-anak beliau tidak pernah mencuba dalam pembuatan parang tersebut dan beliau tidak tahu sama ada anak-anaknya pandai atau tidak dalam menghasilkan parang ini. Jika mereka tidak ada niat dalam diri mereka dalam mempelajari aktiviti ini beliau tidak dapat memaksa mereka, begitu juga tiga adik-beradik beliau yang lain tiada anak-anak mereka yang ingin meneruskan generasi pembuatan parang ini dan apabila mereka sudah tua kelak aktiviti pembuatan parang secara tradisional ini akan sampai setakat ini sahaja.
Alatan untuk pembuatan parang dan parang yang telah siap
Comentarios