top of page

Proses Pembuatan Parang (Bukuo')


PROSES 1: Mula membuat unggun api terlebih dahulu di relau menggunakan serpihan kayu dan juga arang yang dibuat oleh Encik Nyapun iaitu tukang pembuatan parang di Kampung Semban, BRS. Peralatan yang digunakan tersebut dinamakan sebagai 'tebark' (pakai tiup api) yang dibuat sendiri oleh beliau.


PROSES 2: Sebelum memulakan proses berikutnya, Encik Nyapun telah meletakkan besi tersebut terlebih dahulu pada unggun api yang membara sebelum membentuk besi tersebut menjadi sebilah parang. Besi tersebut diletakkan pada api agar besi yang akan diketuk menjadi lembut, dan mudah dibentuk. Proses pembakaran tersebut juga memerlukan api yang kuat dan cukup panas untuk memudahkan besi tersebut dilenturkan.


PROSES 3: Kemudian Encik Nyapun mula mengetuk besi tersebut sehingga menjadi bahagian tepi besi tersebut menjadi nipis untuk membentuk bilah parang dan supaya parang tersebut tahan lama. Proses tersebut dinamakan sebagai 'ndes' (besi diketuk menggunakan tukul besi) yang beralaskan 'dashan'. Waktu hendak mengetuk besi tersebut juga haruslah sewaktu besi tersebut masih panas agar mudah untuk dibentuk.


PROSES 4: Sesudah proses mengetuk besi tersebut, beliau meletak semula besi tersebut pada api untuk kali yang kedua. Proses yang dijalankan ini juga sama dengan proses kedua untuk memudahkan pembentukkan dan melembutkan besi itu.


PROSES 5: Seterusnya, sesudah besi tersebut panas beliau, menukul semula besi tersebut menjadi bentuk parang yang diinginkan dan tahan lama. Proses menukul besi tersebut juga dilakukan sewaktu besi tersebut masih lagi panas agar memudahkan besi itu dibentuk dan tahan lama.


PROSES 6: Setelah beliau menukul besi tersebut. Beliau akan membakar besi tersebut sekali lagi. Proses pembakaran dan ketuk besi ini akan dilakukan berulang kali sehingga besi itu dapat dibentuk menjadi sebilah parang. Kali ini setelah parang diletakkan semula pada api, beliau tidak lagi mengetukkannya.

PROSES 7: Bilah parang tersebut tidak diketuk lagi kerana perlu diletakkan secara perlahan-lahan ke dalam air yang disediakan dalam 'mparn' (buluh yang dibelah menjadi tempat yang mampu menakung air) yang secara khusus untuk pembuatan parang Encik Nyapun. Proses ini juga disebut sebagai 'spoh' di mana supaya parang tersebut tahan lama bila digunakan terutamanya untuk melihat 'mpoh' (mata parang).


PROSES 8: Akhir sekali, sesudah meletakkan parang tersebut pada air, beliau mula mengikir mata parang tersebut agar menjadi lebih cantik dan selesa digunakan. Proses ini harus lebih teliti dan berhati-hati agar parang yang dikikir betul-betul pada mata parang tersebut. Pada akhir sekali parang tersebut akan di asah pada 'saan' (batu pakai tempat mengasah parang atau pisau) agar parang menjadi tajam dan boleh terus digunakan.



PROSES 9: Parang yang telah siap dibuat setelah beberapa proses yang dilakukan oleh Encik Nyapun. Hasilnya sangat memuaskan kerana bilah besi yang mula-mula hanya sebuah besi kemudian dibentuk menjadi bilah parang yang tajam dan utuh.


Berikut merupakan peralatan yang digunakan semasa proses pembuatan parang oleh Encik Nyapun yang terdiri daripada:









'tebark' (pakai tiup api) Arang dan serpihan kayu
















Kikir, Penukul besi, 'dashan' 'mparn' (buluh yang di belah

( alas pakai ketuk parang ) tengah menjadi tempat takungan air)



























Comments


bottom of page