top of page

Lokasi Kampung Semban, BRS

  • etnografivisual
  • Dec 11, 2021
  • 1 min read

Updated: Dec 28, 2021


Peta Kawasan Perkampungan di BRS, sumber dari Google


Seluas 130 hektar tanah yang terletak bersebelahan dengan Kampung Semedang, Jalan Puncak Borneo dijadikan penempatan baru yang disebut BRS tersebut. Perjalanan dari Kuching ke kampung tersebut kira-kira 45km iaitu anggaran 1 jam lebih jika tidak ada kesesakkan lalu lintas di mana perjalanan tersebut seharusnya melalui Jalan Mambong, melewati perkampungan lain seperti Kampung Bratan kemudian limpas Kampung Giam kemudian ikut laluan jalan dalam Kampung Bunuk dan masuk ke simpang Jalan Borneo Heights sebelum Kampung Semadang. Namun begitu, laluan lain selain Jalan Borneo Heights ialah laluan jalan dari Bau yang mana Jalan Jambusan boleh juga digunakan untuk pergi ke BRS. BRS juga dikenali sebuah Rumah Mesra Rakyat di mana rumah-rumah tersebut dibahagi kepada empat seksyen mengikut kampung-kampung tersebut bermula dengan Kampung Semban yang terletak pada bahagian jalan utama diikuti Kampung Rejoi, Kampung Pain Bojong dan Kampung Taba Sait.



 
 
 

Komentar


Hakcipta Terpelihara @ ETNOGRAFIVISUAL2021FSGKUNIMAS

bottom of page